Sunday 26 April 2015

10 Tips Menjadi Ibu Bapa Cemerlang



Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Eina doakan semoga semua pembaca salynahafis.blogspot.com berada dalam keadaan sihat walafiat dan bahagia selalu di samping keluarga tercinta. Entri kali ini Eina ingin kongsikan serba sedikit tip untuk menjadi ibu bapa yang cemerlang dunia dan akhirat, Insya Allah..

Munkin ada di kalangan pembaca sudah tahu dan munkin juga tidak tahu juga untuk bakal-bakal ibu untuk persedian dalam melayan karenah anak-anak. Tip ini Eina dapat dari pencarian encik Google.. kerana Eina ingin melakukan yang terbaik untuk permata hati Eina.

Yelah, Eina faham mesti ada ibu bapa yang diluar sana, bila penat atau letih di tempat kerja balik pulak anak buat perangai, kadang-kadang mesti terlepas kemarahan secara tak sengaja pada anak kan? betul ke betul?

Eina pun kadang-kadang tak sengaja terpukul tangan anak. Pada hal tak terniat pun, lepas itu mesti akan rasa bersalah. Disebabkan itu, Eina banyak kan membaca untuk mencari ilmu supaya menjadi ibu yang baik untuk anak Eina.


Insan Google
10 Tips yang kita perlu tahu dan amalkan

Pertama : Jangan pukul anak dari atas lutut.
Kedua : Jangan gunakan tangan untuk memukul anak atau pun menampar anak kerana anak akan bertambah degil, nakal dan tidak boleh ditangani(control).
Ketiga : Gunakan alat seperti rotan/pembaris dan pukullah di tapak kaki. Secara saintifiknya rasa sakit akan datang kerana tindakan refleksologi yang akan merangsangkan ke bahagian otak membuatkan anak akan ingat.

KeempatPanggil nama anak dengan panggilan yang baik-baik. Eina suka panggil Aqil (Cerdik Pandai).Sekiranya kita pangggil dengan nama yang kurang baik, anak akan merasa rendah diri dan malu.

Kelima : Peluklah anak sekerap munkin/ setiap ahari kerana mengikut kajian anak yang dipeluk setiap hari mempunyai kekuatan IQ yang kuat daripada anak yang jarang dipeluk.

Keenam : Pandanglah anak dengan penuh kasih saying keran akan membuatkan anak merasa lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran.

Ketujuh : Berilah pujian, pelukkan,ciuman,hadiah  ataupun senyuman setiap kali kebaikan yang dilakukannya.

Kelapan : Jangan mengeluh dalam membesarkan anak kerana keluhan itu membuatkan anak merasakan diri mereka beban.

Kesembilan : Dengarlah cerita yang ingin disampaikan oleh anak dan tunggu giliran kita untuk bercakap pulak. Secara tidak langsung mengajar anak tentang giliran untuk bercakap.

Kesepuluh : Ciumlah anak setiap kali sebelum mereka tidur dan katakana kita sentiasa saying mereka dan inginkan mereka menjadi anak yang soleh/solehah.

Seperti sabda Rasulullah...

"Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun.Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)".

Diatas adalah antara tips yang boleh Eina kongsikan dengan pembaca semua. Semoga kita sama-sama dapat mendidik anak kita mengikut ajaran islam.

Semoga apa yang Eina kongsikan dapat manfaat untuk kita semua. Sekiranya anda rasa entri ini berguna untuk orang lain, sila klik button Share diatas atau dibawah, semoga kita sama-sama mendapat pencen kubur

thanks for reading.

2 comments:

  1. Salam Eina, saya telah lama mengamalkan yang kelima tu... ketika saya mengandungkan anak pertama, saya pernah terbaca dalam satu majalah Inggeris tentangnya. Sampai sekarang, anak-anak semua dah besar2 saya masih memeluk dan mencium mereka walau dimana dan bila ada kesempatan untuk berbuat begitu.

    ReplyDelete
  2. Allhamdullilah..Eina pun amalkan juga walaupun baru anak sorang dan dapat rasa betapa anak Eina happy bila Eina selalu peluk cium dia.boleh tiru cara Sweetie untuk amalkan walaupun anak dah besar.

    ReplyDelete

DISCLAIMER/NOTA KAKI

Kesan pengambilan adalah berbeza pada setiap individu.Suplemen Shaklee ini adalah salah satu medium/alternatif untuk membantu anda, bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman blog ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan berkongsi. Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.