Monday 1 December 2014

Rahsia Kulit Wajah Anggun Terserlah !!!


Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Rasanya lama sudah Eina tak berkesempatan untuk menulis blog. Allahdulillah, hari ini ada kesempatan untuk menulis. Eina doakan semoga semua pembaca blog salynahafis berada dalam keadaan sihat dan dilimpahi rezeki hendaknya.

Ramai yang bertanya dengan Eina ada tak vitamin untuk cantikkan kulit sebab "kulit kusam, tak berseri atau jeragat tak hilang". Itu adalah antara jawapan yang akan Eina dapat.

Oleh itu, entri kali ini, Eina ingin kongsikan supplemen yang boleh digunakan untuk mendapatkan kulit yang cantik menawan.

Set Kecantikan Shaklee

Abaikan latar belakang yer...kongsi dengan hubby jimat yer
Set kecantikan ini terdiri daripada Vitamin C, Vitamin E dan B Complex. Antara kebaikan untuk kulit adalah:

Vitamin C
  • Meransang pembentukan kologen
  • Membantu mencerahkan kulit 
  • Melambatkan penuaan

Vitamin E
  • Memperlahankan proses penuaan kulit
  • Bagus untuk mengecilkan pori-pori wajah
  • menghilangkan parut
  • mengawal minyak pada kulit wajah
  • mencerahkan wajah
  • meningkatkan kelembapan kulit
  • menghilangkan jeragat
  • Menegangkan Kulit
  • Sangat bagus untuk memudarkan parut dengan cepat

B Complex
  • Bertindak sebagai pelembap
  • Melambatkan tanda penuaan
  • Bertindak mengatasi stress supaya kita tidak kelihatan lesu
  • Memelihara mood agar sentiasa gembira dan ceria.
Manfaat lain bagi B Complex pernah Eina ceritakan di SINI

Selain itu, sekiranya anda semua inginkan kulit lagi gebu boleh tambah dengan ESP. Antara kebaikan ESP adalah mempercepatkan penghasilan sel-sel baru serta mampu memudarkan parut. Kulit juga akan kelihatan lebih gebu, cerah dan cantik.Kebaikan lain ESP pernah Eina ceritakan di SINI

Kesan pengambilannya akan dapat dilihat dalam masa 2 minggu . Pengguna juga disarankan supaya minum air secukupnya ataupun sekurang-kurangnya 3 liter sehari supaya proses penyerapan berlaku dengan lebih cepat.

Kalau pembaca semua nak tahu, Eina dan hubby pun pengambil set kecantikan ini. Kesan yang Eina nampak, parut masa pregg dulu makin pudar serta kulit makin cerah dan licin. Masalah jeragat hubby pun makin hilang. Alhamdullillah.  

Testimoni pengguna yang telah menggunakan set kecantikan
** Jika dirasakan entri ini memberi manfaat dan mampu mengatasi masalah orang lain, mohon tekan button share dibawah supaya dapat membantu kepada mereka yang mengalami masalah tersebut. Marilah kita sama-sama mencari pencen kubur.

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?

Hubungi Eina untuk:-

FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

SALINA BINTI MD DOM
Maria Firdaus' Millionaires in Shaklee (MFMS) Empire
Shaklee ID : 
1169964
salina.hafis@gmail.com
019-336 0405 (Call, SMS, WhatsApp,Telegram)

Sunday 23 November 2014

Alhamdullilah..Dapat Atasi Masalah Gout Mak!!!


Assalammualaikum dan salam sejahtera

Eina doakan moga semua pembaca salynahfis.blogspot.com berada dalam keadaan sihat walafiat dan dilindungi serta diberikan rezeki yang melimpah ruah.

Entri kali ini Eina ingin bercerita mengenai Gout, punca dan cara atasi. Kenapa Eina ingin cerita tentang Gout? Sebab ini ada berkaitan dengan mak Eina sendiri yang mengalami Gout dan Eina tahu bagaimana sakitnya orang yang terkena Gout.  Bak kata pepatah "Berat Lagi Mata Memandang, Berat Lagi Bahu Yang Memikulnya".

Untuk pengetahuan pembaca semua, Eina telah membelikan mak berbagai produk yaang hangat dipasaran untuk atasi masalah mak tetapi masih sama juga. Sehingga lah suatu hari, Eina ingin mencubamemberikan mak Eina supplemen yang Eina guna sebagai ikhtiar untuk masalah mak Eina.

Alhamdullilah, setelah menggunakan supplemen ini, masalah Gout mak dapat Eina atasi.Syukur sangat-sangat kerana Allah S.W.T permudahkan urusan Eina dalam membantu mencari penawar untuk Mak.

Sebelum Eina bercerita lebih lanjut, jom kita kenali dulu Gout, punca dan cara atasi.

Apa Itu Gout?

Istilah Gout berasal daripada perkataan Latin "Gutta" yang bermaksud " Setitis". Merupakan sejenis bentuk artritis yang diakibatkan oleh pengumpulan asid urik yang berlebihan didalam badan. 

Asik urik adalah bahan kumuhan yang berasal dari sejenis protein yang dipanggil purin. Bahan kumbuhan ini dibuang dari badan kita melalui air kencing (urin).Bagi pesakit Gout, asik urik berlebihan tidak dibuang, malahan berkumpul didalam sendi.


Gout akan sering serang pada ibu kaki
Tanda-Tanda Penyakit Gout

  • Sering menyerang ibu jari kaki.
  • Ibu jari kaki tersangat sakit,bengkak,panas dan merah.
  • Demam yang sederhana/rendah.
  • Serangan yang berlaku secara tiba-tiba.
  • Sendi yang diserang menjadi bisa sehingga disentuh secara lembut pun akan terasa sakit.
  • Boleh menyerang sendi-sendi lain seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan dan jari.
  • Sakit yang berlarutan berjari-hari ataupun 1 ke 2 minggu untuk reda jika tidak dirawat.
  • Keradangan tisu-tisu disekeliling yang mengakibatkan kulit bengkak dan sakit yang amat sangat serta sukar digerakkan pada kawasan yang terjejas.

Peringkat-Peringkat Perkembangan Gout Yang Perlu Diketahui

Peringkat Pertama: Darah yang pekat, gelap dan mengalir dengan perlahan.

Peringkat Kedua : Kerap letih dan lesu.



Peringkat Ketiga : Lemah tenaga batin atau mati pucuk serta   persembahan tidak lama.

Peringkat Keempat : Serangan Gout pada ibu jari kaki atau buku lali.

Peringkat Kelima : Serangan Gout mula merebak ke lutut dan tangan


Peringkat Keenam : Jari-jari mula mengeras dan bengkok.

Peringkat Ketujuh : Tohfi mula menonjol di permukaan kulit atau bintik-bintik kutikel halus muncul disekeliling cubing telinga.                                   
Peringkat Kelapan : Masalah buah pinggang, pertumbuhan batu karang, tekanan darah tinggi dan lain-lain penyakit sekunder.

Siapa yang Berisiko?
  • Lelaki
  • Wanita Menopous/ Keputusan Haid
  • Seseorang yang mempunyai berat badan berlebihan/ Obesiti
  • Seseorang yang sentiasa mengambil makanan yang berprotein tinggi dan diambil secara berlebihan

Makan Yang Harus Dielakkan Atau Dikurangkan

- Ikan bilis, kembung dan sardin.
-Daging cincang.
-Organ dalaman haiwan seperti hati, paru-paru, ginjal, otak dan sebagainya.
-makanan bercengkeram seperti udang, kerang dan ketam.
-roti jagung dan bijirin.
-Asparagus, bunga kobis, cendawan dan bayam.
-Semua jenis kekacang.


 Cara Rawatan

  • Rehatkan sendi semasa serangan Gout.
  • Rawatan serangan Akut.
  • Mengambil ubat-ubatkan melalui preskripsi doktor.
  • Sentiasa peka terhadap tanda-tanda awal serangan dan dirawat awal supaya tidak melarat.
  • Elakkan makan makanan yang tinggi asik urik.
  • Menjaga berat badan kerana kegemukan boleh menganggu keupayaan untuk mengeluarkan asik urik yang berlebihan.
Diatas adalah serba sedikit fakta yang boleh Eina kongsi kerana itu merupakan langkah-langkah yang Eina ambil bagi memastikan Mak Eina dapat mengawal atau mengurangkan serangan Gout pada beliau.

Selain itu, Eina ada memberikan mak Eina suppleman yang telah boleh kawal Gout mak dan syukur mak semakin pulih dan bertenaga. Mak, ada telefon memaklumkan yang jari kelingking yang bengkok telah dapat diluruskan. 

Paling best sekali bila mak memakluman memeriksaan kepekatan darah bulanan mak adalah baik setelah dimaklumkan oleh doktor.

Alhamdullilah kerana di pertemukan dengan supplemen yang telah dapat membantu mak.Suplemen yang Eina belikan dan bagi mak adalah seperti berikut :



Alfalfa : bertindak sebagai detok semulajadi dan boleh mendetokkan darah dalam badan.Perlu minum air 3 liter sehari untuk membantu melancarkan proses detok dan pembuagan urik asik. Eina pernah ceritakan kebaikan Alfalfa di SINI.

Omega Guard :Mengurangkan reaksi keradangan dalam sendi dan mengurangkan kesakitan. Sangat penting bagi mereka yang mengalami Gout yang sangat teruk.Kebaikan Omega pernah Eina ceritakan di SINI.

Premormance Drink : Memelihara dan mengekalkan imbangan cecair dan elektrolit dalam badan bagi menggelakkan penghidratan.Pesakit Gout perlu menyingkirkan asik urik dengan cara pembuangan air kecil secara kerap.Ia juga berfungsi menggantiakan air yang hilang dan memelihara tahap air dalam badan pesakit.

Insyallah Eina akan sentiasa update perkembangan mak Eina dan rasanya Eina ingin menambahkan supplemen Set Sendi untuk mak Eina yang akan Eina ceritakan pada entri yang lain.

Semoga perkongsiaan ini dapat memberi manfaat kepada kita semua dan yang memerlukan.

Thanks for reading.


Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?

Hubungi Eina untuk:-

FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

SALINA BINTI MD DOM
Maria Firdaus' Millionaires in Shaklee (MFMS) Empire
Shaklee ID : 
1169964
salina.hafis@gmail.com
019-336 0405 (Call, SMS, WhatsApp,Telegram)





Friday 14 November 2014

EBOOK PERCUMA: "SORRY BOSS!!! SAYA TERPAKSA BERHENTI KERJA"


Assalammualaikum,

Eina doakan semoga semua pembaca salynahafis.blogspot.com berada dalam keadaan sihat walafiat dan dirahmati serta diberkati Allah S.W.T.

Entri kali ini, Eina ingin berkongsi tentang ebook yang telah membuatkan Eina berani menceburi diri dalam bidang perniagaan walaupun secara part time. Insyaallah, Eina akan memastikan niat Eina untuk menjadi WAHM (''Work at Home Mother'') akan tercapai tidak lama lagi.

Ebook ini banyak memberikan kesedaran kepada Eina untuk lebih beristiqamah dan melakukan sesuatu niat untuk menolong orang lain dan ikhlas kerana Allah S.W.T

Eina selalu berdoa kepada Allah S.W.T semoga memberikan Eina jalan atau petunjuk untuk Eina dan keluarga kerana Eina ingin duduk rumah tapi takut nak berhenti kerana zaman sekarang mana cukup sekiranya yer hanya suami sahaja yang bekerja. Lagipun Eina masih mempunyai tanggungjawan pada emak Eina.

Alhamdullilah, Allah telah mendengar doa Eina dan kawan Eina telah memberikan Eina ebook ini kepada Eina untuk Eina baca dan selami bagaimana seorang wanita yang pendiam dan tidak tahu bisness melakukan perniagaan hanya dengan bermodalkan rm65 sahaja.

Beliau dapat membuat sale RM1 JUTA dalam masa 9 bulan sahaja hanya melalui online marketing tanpa sebarang kos iklan...superwoman boleh dikatakan yang membuatkan Eina rasa beliau seorang yang Hebat!!!.

Ebook ini, memberi inspirasi kepada Eina iaitu semua orang boleh berjaya, asalkan mempunyai sekeping hati yang cekal dan jujur serta berusaha bersungguh-sungguh agar menjadi seorang JUTAWAN DERMAWAN.

Eina bersyukur kerana berada di dalam sebuah group yang sangat happening dan saling tolong menolong antara satu sama lain.

Eina rasa rugi sekiranya tidak berkongsi ebook ini dengan pembaca semua.

Bagaimana ingin Download?

Mudah sahaja, sila 'share' dan 'like' status ini serta 'add' Eina sebagai kawan anda semua. Kemudian, tinggalkan email anda diruangan komen.

semoga ebook ini dapat memberi manfaat kepada semua untuk lebih berjaya walau apa pun yang diceburi.



Lebih banyak kita memberi dan berkongsi lebih banyak yang kita dapat." More You Gift, More You Get Back".

Besar harapan Eina moga anda semua dapat tekan button share dibawah semoga lebih ramai lagi mendapat manfaat dari ebook ini.

Semoga melalui perkongsian ini, kita dapat merubah kehidupan orang sekeliling kita untuk hidup lebih baik dan bernilai.Marilah kita bersama-sama mencari pencen kubur.

Akhir sekali, Eina berharap boleh menjadi WAHM  dan mendapat income lebih dari 5 angka pada 2015.

Terima kasih kerana sudi membaca entri ini.

Wassalam.





Wednesday 5 November 2014

Pentingnya Omega Guard Untuk Kesihatan


Assalammualaikum semua,

Semoga semua pembaca blog SalinaHafis berada dalam lindungan Allah S.W.T.

Allahamdullilah, promosi bulan November kali ini adalah Omega Guard, sememangnya Eina berdoa untuk Promo Omega..kenapa yer? sebab banyak manfaat yang akan kita dapat kerana Omega adalah antara supplemen yang boleh diambil oleh seisi keluarga.

Sebelum Eina bercerita lebih lanjut berkaitan dengan  Omega Guard, elok kita berkenalan dulu dengan Omega 3.




Apa itu Omega 3?

Omega 3 merupaka asik lemak tak tepu yang diperlukan oleh tubuh untuk membuatkan tubuh kita berfungsi dengan normal. Ia digelar Omega 3 kerana mempunyai ikatan karbon-karbon berkembar pada kedudukan n-3 iaitu pada hujung mently dalam molekulnya.


Omega 3 terdiri daripada 3 asik lemak utama yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh badan kita dan hanya terdapat dalam sumber makanan harian. Asik lemak tersebut adalah, EPA (Eicosa Pentanoic Acid), DHA (Dacosa Hexanoic Acid) dan ALA (Alpha Linolenic Acid).


Penyelidikan menunjukkan bahawa paras Asik lemak yang tinggi dapat memperbaiki kesihatan kardiovaskular dimana EPA menyihatkan jantung dan sendi manakala DHA penting bagi perkembangan dan fungsi otak.


Sumber Omega 3


Kelebihan Omega Guard Shaklee
  • Menghalang penghasilan darah beku yang boleh menyebabkan serangan jantung dan strok
  • Merendahkan tahap kolestrol dalam darah
  • Membantu mengurangkan risiko sakit jantung
  • Membantu memecahkan lemak / mengawal obesiti
  • Meningkatkan sistem imun badan dan menyihatkan paru-paru
  • Mengawal ekzema
  • Menigkatkan kesihatan sendi
  • Mencegah Alzheimer
  • Menjadikan kanak-kanak lebih fokus
  • Memelihara penglihatan dan pendengaran
  • Membekalkan DHA untuk ibu menyusu
  • Mengurangkan keradangan yang akan mengakibatkan asma
  • Untuk perkembangan dan otak bayi semasa dalam kandungan (Boleh diambil semasa usia kandungan di Trismeter 2 dan 3 sahaja)
  • Menigkatkan keupayaan ingatan dan pembelajaran
  • Memberi sokongan pada mata, otak dan sendi
  • Menurangkan tekanan darah tinggi yang boleh menyebabkan sakit jantung.
  • Mengurangkan lemak jahat dalam darah
  • Menurangkan risiko 'arrythhmis'(kadar degupan jantung abnormal yang boleh membawa maut)
  • Memperbaikai masalah kulit.

Siapa yang perlukan Omega 3?
  • Warga emas
  • Pesakit jantung
  • Wanita/Lelaki yang mementingkan kesihatan
  • Pesakit darah tinggi
  • Wanita bersalin
  • Orang yang selalu lupa
  • Ibu menyusu dan ibu hamil
  • Kanak-kanak yang berusia 1 tahun keatas
  • Pelajar

Kami dan Omega Guard

Aqil dan Walid semasa rawatan di KPJ Ampang Puteri

Alhamdullilah, Eina ambil Omega Guard sejak hamilkan Aqil pada Trismester 2 dan 3 yang pernah Eina ceritakan di SINI. En. Hubby pula Eina paksa ambil demi untuk kesihatan jantung dan sebab hubby telah berhenti merokok pada awal perkahwinan kami dulu.

Almaklumlah , Eina dan hubby badan berisi cuma Eina terlebih sudah...huhuhuhu..  dan berisiko untuk menghidap darah tinggi dan jantung.

Kesan setelah konsisten amalkan, Eina dapat rasakan pengurangan berat badan dan penyakit lupa Eina makin pulih, kerana setelah bersalin, Eina asyik lupa jer.

Anak Eina, Eina bagi setelah genap setahun untuk perkembangan otak dan untuk meningkatkan imunisasi badan Aqil. Eina pernah ceritakan kisah Anak Eina di SINI. Alhamdullilah, selepas Aqil mengambil Omega Guard, Aqil lebih fokus dan mudah bila diajar perkara baru dan yang paling mengembirakan masalah kesihatan Aqil dapat diatasi. Syukur sangat-sangat.

Insyaallah Eina akan kongsikan lagi kebaikan dan kelebihan Omega Guard pada entri yang yang.

thanks for reading.

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?

Hubungi Eina untuk:-

FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

SALINA BINTI MD DOM
Maria Firdaus' Millionaires in Shaklee (MFMS) Empire
Shaklee ID : 
1169964
salina.hafis@gmail.com
019-336 0405 (Call, SMS, WhatsApp,Telegram)

Sunday 26 October 2014

Ikhtiar Hamil Dengan Set Kesuburan Shaklee


Assalammualaikum..

Entri kali ini, Eina ingin berkongsi mengenai Set kesuburan Shaklee yang sering dikatakan oleh semua.

Eina pasti mesti ramai diluar sana yang inginkan anak setelah berkahwin. Malahan Eina pun sebelum berkahwin lagi telah mengimpikan inginkan anak cepat selepas berkahwin. Kita hanya mampu merancang tetapi Allah S.W.T yang menentukan.

Melalui pengalaman Eina sendiri, selagi Eina belum hamil mesti akan ada yang bertanya, dan ayat yang sering ditanya  ingat adalah " Dah berisi ker?", "Kerja, kerja juga, tetapi tak nak anak ker?", "kalau sentiasa sibuk,bila nak buat anak?" dan macam-macam lagi. sedih kan? kadang-kadang stress pun ada.

Alhamdulillah, setelah 9 bulan berkahwin, baru Eina disahkan hamil. Munkin ada yang kata, "tak lama pun, ada yang lagi lama" tetapi hanya orang yang telah melalui pengalaman seperti Eina akan memahami keadaan kita.

Justeru itu, dengan niat ingin berkongsi, Eina ingin mengsyorkan, kepada bakal-bakal ibu yang ingin hamil untuk mengguna Set Kesuburan Shaklee. Soalan pertama yang anda fikirkan, "Confirm ker hamil?". Eina tidak janjikan kehamilan, kerana semua itu urusan dan aturan Allah S.W.T.Eina mencadangkan set ini untuk meningkatakan kesuburan anda dan pasangan anda.


Ihsan dari Google


Supplemen yang dicadangkan adalah:

Pertama : Vitamin Asas (Set Kesihatan Optimum) yang pernah Eina ceritakan pada entri yang lain.

Terdiri daripada Vita-Lea,B-Complex dan Vita-C sebagai tunjang utama untuk kesihatan badan. Boleh ditambah dengan Energising Soy Proteian (ESP).

Energising Soy Protein : Protein lengkap yang mengandungi 9 asid amino  dalam pembentukan sel. Protein adalah makanan asas kepada sel. Sel yang sihat akan memudahkan proses yang berkaitan persenyawaan, perlekatan telur dan lain-lain. 

ESP merupakan sumber protein biologi yang lengkap berasaskan tumbuhan yang secara semulajadi rendah lemak, bebas kolestrol dan kaya dengan asid amino penting. 




Kedua : Vitamin Kesuburan



Terdiri daripada vitamin seperti berikut :


Vita E Complex

  • bertindak sebagai menyuburkan reproduksi lelaki dan wanita
  • menghaluskan kulit
  • melancarkan perdedaran pembuluh darah
  • mencegah pembentukkan darah beku
  • anti penuaan
  • terkenal sebagai 'vitamin seks'


Zinc Complex

  • zat yang paling penting untuk lelaki dalam proses pembentukan hormon testosterone
  • memberikan tenaga kepada sperma agar lebih aktif menuju ke ovum
  • membantu kekalkan jumlah air mani
  • berperanan dalam pembentukan genetik iaitu DHA(Deoxyribose Nucleid Asid)
  • membantu mengekalkan keinginan seksual yang tinggi dan menghasilkan sperma yang berkualiti serta sihat.
  • kekurangan zink akan menyebabkan masalah sperma yang abnormal dan penyakit prostat.
  • digunakan untuk kesuburan pada wanita kerana zink akan melindungi sperma dan melawan bakteria dalam vagina.


COQ Health

  • bertindak sebagai pengeluar tenaga dalam sel badan.
  • menggalakkan penghasilan tenaga bagi sperma untuk bergerak lebih laju menuju ke ovum

Alfalfa Complex
  • Diamalkan oleh wanita, terutama pada wanita yang berasa "sakit ketika bersama"
  • membantu atasi masalah keputihan
  • membantu dalam perhubungan suami isteri(bertindak seperti kacip fatimah)


GLA Complex

  • Diamalkan oleh wanita terutama kepada wanita yang bermasalah haid tidak teratur.
  • membantu dalam menghasilkan cecair serviks yang subur dan berkualiti
  • cecair serviks akan membantu sperma hidup lebih lama sehingga 5 hari dalam tiub fallopio dan membantu dalam proses persenyawaan.

**Peringatan: Vitamin Shaklee ini hanyalah sebahagian daripada usaha sahaja. Taraf kesihatan anda suami isteri turut menjadi faktor utama kesuburan, dan pastinya rezeki ini datang dari Allah Yang Maha Esa! TIADA JAMINAN anda akan terus mengandung selepas mengamalkan vitamin semulajadi ini

Antara testimoni yang berjaya hamil dengan Set Kesuburan Shaklee :-








Juteru itu, sekiranya anda atau ada ahli keluarga serta rakan-rakan yang mempunyai masalah mendaptkan zuriat, mungkin boleh cuba cadangkan Set Kesuburan di atas. Semoga usaha ini akan diberkati Allah, dan mereka dikurniakan zuriat yang sihat, soleh dan solehah. Amin.

Thanks for reading.


Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?

Hubungi Eina untuk:-

FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

SALINA BINTI MD DOM
Maria Firdaus' Millionaires in Shaklee (MFMS) Empire
Shaklee ID : 
1169964
salina.hafis@gmail.com
019-336 0405 (Call, SMS, WhatsApp,Telegram)

Sunday 19 October 2014

Anak Sihat, Pintar dan Cergas


Assalammualaikum.

Eina doakan semoga kita semua diberkati dan dirahmati oleh Allah  S.W.T.

Eina pasti semua ibu bapa inginkan yang terbaik untuk anak-anak kan? Eina pun tidak terkecuali walaupun Aqil masih kecil. Eina sentiasa fikirkan tentang kesihatan Aqil.Alhamdullilah sejak Aqil telah mula ambil Meal Shakes, kesihatan makin baik. Alhamdulillah.

Eina ada kongsikan kebaikan Meal Shake sebelum ini  di Sini

Entri kali ini, Eina ingin kongsikan kombinasi atau set untuk jadikan anak kita pintar, sihat dan cergas.

Eina pasti sebagai  ibu bapa yang prihatin, kita mesti akan buat  apa saja demi anak-anak . Eina pasti semua ibu bapa inginkan anak mereka sentiasa berada dalam keadaan yag sihat, cergas, pintar, kekal aktif,cepat belajar, dan mempunyai daya tumpuan yang tinggi.

Selain dari segi didikan,adalh melalui pemakanan bagi memastikan anak0anak dapat mebesar dengan sihat dan cergas.Oleh itu, Eina memang menitiberatkan pengambilan dan penjagaan makanan bagi anak Aqil.

Dalam masa yang sama, Eina tidak pasti apa yang Eina berikan mencukupi atau tidak untuk Aqil. Justeru itu, Eina telah memberikan Aqil makanan tambahan supaya mendapat nutrisi secukupnya untuk tumbesaran Aqil.

Vitamin yang cadangkan untuk kanak-kanak adalah :



Set ini terdiri daripada Meal Shakes dan Omega Guard (1 tahun ke atas), Chewable Vita-C Plus dan Vita-Lea Kids (4 tahun ke atas)

Oleh kerana Aqil baru berusia 1 tahun 2 bulan, Eina hanya berikan Meal Shakes dan Omega Guard.

Aqil Selalu Demam, Batuk dan Selesema


supplemen untuk my baby

Untuk pengetahuan pembaca semua, Aqil mudah berjangkit demam, batuk atau selesema. Eina perasan, apabila Eina hantar ke rumah pengasuh dan dapati ada budak yang demam atau selesema mesti Aqil akan kena juga. 

Aqil pernah masuk wad kerana kahak banyak dalam peparu ataupun bahasa saintifik yer (bronchitis). Itulah pengalaman yang tidak akan Eina lupa.

Macam-macam cara Eina lakukan supaya Aqil sihat dan sembuh, salah satu Eina telah ambil extra vaksin iaitu Influanza untuk elakkan Aqil dari demam, batuk atau selesema.

Alhamdulillah, sejak itu Aqil jarang dah demam, tapi masih mudah berjangkit.Kalau selema pun cecair yang berwarna putih aiatu bersih dari jangkitan virus/kuma.

Eina ada cari juga di google cara-cara untuk elakkan kan demam, batuk dan selesema. Salah satu adalah melalui pemakanan.

Eina pun cuba set kanak-kanak Shaklee iaitu Meal Shakes. Alhamdulillah, selepas seminggu Eina memberikan Aqil Meal Shakes, daya pertahanan Aqil makin kuat dan aqil telah kurang selesema or demam.

Waktu malam pun Aqil telah tidur dengan lena dan tak mudah demam seperti sebelum pengambilan Meal Shakes. Syukur sangat-sangat.

Selain itu, Eina juga berikan Aqil Omega Guard sebanyak 1 biji setaip kali ambil. Oleh kerana Aqil kecil lagi, Eina hanya bagi seminggu 2 kali.

Alhamdulillah, daya pertahanan badan Aqil lebih meningkat dan Aqil lagi mudah belajar dan fokus bila Eina ajarkan sesuatu. Setakat ini, Eina bersyukur dan berpuas hati dengan perubahan yang berlaku pada Aqil.

Pengambilan Set ini juga sesuai untuk kanak-kanak yang mengalami Ekzema dan Asma.

Selain itu, Pengambilan set ini boleh tahan berbulan-bulan dan harga adalah mampu milik.

Diharap apa yang Eina kongsikan dapat manfaat pada semua dan mereka yang memerlukan.

Thanks for reading.
Aqil bersam-sama sepupu di Taman Permainan


Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?

Hubungi Eina untuk:-

FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

SALINA BINTI MD DOM
Maria Firdaus' Millionaires in Shaklee (MFMS) Empire
Shaklee ID : 
1169964
salina.hafis@gmail.com
019-336 0405 (Call, SMS, WhatsApp,Telegram)

Wednesday 15 October 2014

Cara Menghilangkan Batuk dan Lendir pada Kanak-Kanak


Assalammualaikum.

Eina doakan semoga semua pembaca salynahafis.BlogSpot.com berada dalam keadaan yang sihat dan diberikan kejayaan dan kekayaan didunia dan di akhirat.

Entri kali ini, Eina ingin berkongsi cerita yang berkaitan Cara Menghilangkan Batuk dan Lendir pada Kanak-Kanak. Eina rasa berdosa jika kita tak kongsi perkara yang kita tahu.

Pagi tadi semasa tengah bersiap pergi kerja dan menyiapkan bekalan Aqil ke rumah pengasuh, kawan Eina ada wassap dan memaklumkan yang beliau terpaksa EL kerana anak beliau batuk-batuk dan sesak nafas serta pagi tadi baru start demam.

Eina pulak yang rasa panik dan kesian kerana Eina pernah melalui detik itu semua sebelum Hari Raya Korban kerana masa itu, Aqil demam, batuk-batuk dan selesema seperti keadaan anak kawan Eina.

Tetapi, apabila berjumpa dengan doktor,  semuanya ok, dan doktor kata keadaan cuaca/ persekitaran sekarang yang tidak menentu dan jerebu juga merupakan penyebab anak boleh demam, batuk-batuk atau selesama.

Kenali Batuk dan Selesema

Batuk dan selesema ialah gejala yang dihasilkan oleh sistem pertahanan badan apabila bahagian atas saluran pernafasan (hidung & tekak) dijangkiti oleh virus penyebab selesema.

Cara Atasi batuk dan Selesema

Dibawah adalah beberapa cara atasi selesema yang Eina ambil dan tulis semula dari dr.zubaidicom.

Credit kepada beliau.

  1. Jangan bawa anak pergi bersiar-siar ataupun membeli belah.
  2. Pastikan anak mendapat rehat secukupnya.
  3. Elakkan dari pergaul dengan orang yang menghidapi selesema atau batuk.
  4. Bagi kanak-kanak bawah setahun, jangan bagi air kosong untuk menggantikan susu kerana boleh memudaratkan.
  5. Sekiranya, anak menghadapi batuk atau selesema bersama-sama demam,boelh diberi ubat demam paracemotal dengan dos yang telah disyorkan oleh doktor. Ubat demam ini selamat dibagi kepada kanak-kanak atas setahun dan berat badan melebihi 5kg.
  6. Bagi anak yang telah berusia setahun keatas dan boleh minum   menggunakan gelas or botol, berikan air suam bercampur sedikit madu dan lemon bagi membantu kelegaan dat batuknya

Untuk pengetahuan, pembaca semua, Aqil pernah alami batuk dan selesema dan apa yan Eina lakukan adalah :

Pertama : Eina akan buat steam dan minyak bawang putih. Minyak bayang putih ini untuk disapukan pada dada dan tapak kaki selepas melakukan steam. minyak bawang putih boleh dibuat dengan mengambil beberapa biji bawang putih dan dibakar sehingga naik bau. Kemudian letakkan sedikit minyak masak dalam bekas yang menggandungi bayang yang telah dibakar tersebut.

Kedua : Semasa Aqil bawah setahun, Eina akan pergi klinik yang sedut kahak bagi aiatu Klinik Wangsa dan berjumpa dengan Dr. Nadir. Beliau seorang ynag humble dan akan memberikan tip-tip dan menceritakan sebab mengapa bayi boleh batuk dan cara-cara atasinya.

Perkara yang disuruh Eina lakukan bagi menggelakan berulang semula adalah :

  • Buang semua ubat batuk,selesema ataupun kahak yanh berda di rumah kerana semua itu akan menyebabkan batuk or selesema tidak pulih tetapi akan berkumpul didalam badan anak.
  • lakukan steam sekurang-kuranya 2 ke 3 kali sehari bagi mengeluarkan kahak.
  • berikan ubat yang boleh menggalkakan batuk supaya kahak yang terkumpul boleh dikeluarkan.
Alamdullilah, setiap apa yang disuruh Eina lakukan dan dalam masa 3 atau 4 hari, Aqil telah hilang batuk dan selesema.

dibawah adalah alamat klinik wangsa.

Klinik Wangsa Sdn.Bhd
No. 46 Jalan 24/27A
Seksyen 1, Bandar Wangsa Maju, Kuala Lumpur
Tel: 03-41421614
(Belakang LHDNM)

Pada ibu-ibu yang menghadapi masalah yang sama seperti Eina, boleh lah mencuba cara seperti diatas.

Eina berharap sedikit sebanyak, perkongsiaan ini, dapat membantu kepada ibu-ibu di luar sana.

Sekian,

SalinaHafis,
Maria Firdaus's Millionaires in Shaklee (MFMS) Empire
The Most Happening Shaklee Group in Malaysia.

DISCLAIMER/NOTA KAKI

Kesan pengambilan adalah berbeza pada setiap individu.Suplemen Shaklee ini adalah salah satu medium/alternatif untuk membantu anda, bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman blog ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan berkongsi. Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.