Monday 13 October 2014

Pengalaman Bersalin dan Menyusu My Baby


Assalammualaikum.

Eina mendoakan agar semua pembaca salynahafis.blogspot.com dikurniakan kekayaan dan rezeki yang melimpah ruah dan moga kita semua mendapat rahmatnya.

Entri kali ini, Eina ingin berkongsi pengalaman Eina bersalinkan Anak pertama kami, Muhammad Zahran Aqil.

Alhamdulillah, anak kami selamat dilahirkan pada detik 00.42 pagi 9 September 2013 dengan berat 3.25kg. Syukur sangat-sangat. Eina bersyukur semasa hamil Eina telah consume vitamin yang boleh memberikan tenaga kepada Eina semasa ingin bersalin.


Muhammad Zahran Aqil, baru lepas bersalin..handsome macam my hubby

Aqil dilahirkan terlebih due yer, 3 hari. Sepatutnya due pada 6 hari bulan, Walaubagaimanapun, Eina bersyukur semua yer selamat dan pengalaman yang tidak akan Eina lupakan. Sebenarnya, Eina telah masuk wad pada 5 hari bulan disebabkan ada contraction.

Sebenarnya, pada hari itu , Eina sepatutnya cek up biasa jer, yelah pada Eina selagi tak nak keluar tanda, kira lum bersalin lagi. Itu yang tak sangka kena tahan wad. doktor pun tengok Eina macam tak sakit dan sentiasa bertenaga. Eina ingat lagi, doktor tanya, Eina makan vitamin apa yer? kerana tengok Eina macam bukan pregg anak first. 

Eina ada ceritakan vitamin yang eina makan di Sini. Eina bersyukur masa cek up di Hospital, my hubby ada temankan. My hubby ambil cuti untuk temankan Eina. Masa tu, hubby masa lagi kerja di pahang, Eina pun ambil cuti awal untuk bersalin dan rehat-rehat di rumah mak Eina.

Serius Eina cakap, masa pregg Eina sememangnya sentiasa bertenaga dan walaupun letih cuma sekejap sahaja tak lah sampai asyik nak tido saja kan? dan lagi ligat Eina kemas rumah mak Eina.

Selepas bersalin kan aqil, Eina masih bertenaga walaupun dan melalui detik-detik yang mencabar dan  ada jururawat tanya pada Eina, "Kenapa tak tidur or rehat puan?. Ibu bersalin selalunya akan tidur keletihan, tetapi puan tidak". Eina pun terangkan, sebab Eina makan supplemen kegemaran Eina yang buat Eina masih bertenaga. Alhamdulillah dengan kuasa Allah s.w.t, semua yer berjalan lancar.

Esoknya, Eina berpesan pada my hubby untuk membawa set Vitamin yang Eina dah beli untuk digunakan masa berpantang dan menyusu ke hospital. Jimat tau, sebab Eina dah guna masa Hamil, hanya tambah yang tiada sahaja masa berpantang dan menyusu. Sungguh jimat yer.

Set yang Eina gunakan masa hami, berpantang dan menyusu.

Eina hanya tambah untuk masa berpantang Zinc Complex, Lecithin dan Alfafa sahaja yer.

bagi fungsi B-Complex, Vita-Lea,Vita C Plus,ESP dan Omega Guard boleh baca di Sini dan untuk fungsi Lecithin (Sila Klik) dan Alfafa (Sila Klik).

Fungsi Zinc Complex adalah :
  • merawat luka dalaman dan luka luaran
  • mengelakkan rambut gugur semasa berpantang
  • merawat luka pembedahan ibu yang bersalin secara pembedahan.
  • meningkatkan rasa makanan dan deria baru
Alhamdulillah, Eina masih mengamalkan Zinc Complex sehingga sekarang dan yang best yer, rambut Eina makin berseri-seri dan tidak gugur.

Pada yang tidak suka makan jamu, macam Eina boleh lah cuba supplemen ini yer. Niat Eina hanya nak berkongsi semoga dapat manfaat dan berguna pada yang memerlukan.

Insyaallah sekiranya kita makan dengan mengikut aturan kita akan dapat banyak manfaat seperti:

  • luka cepat sembuh
  • badan slim..kurus gitu
  • susu meriah dan pekat boleh buat baby kenyang
  • insyaallah, baby tidak kena jaundice, sekiranya kena pun cepat sembuh
  • tidak sembelit
  • sentiasa bertenaga walaupun berjaga sepanjang malam
  • tidak stress
Semua yang diatas berdasarkan pengalaman yag Eina sendiri lalui. Insyaallah, Eina doa moga semua bakal-bakal ibu dan ibu-ibu di luar sana akan mendapat keberkatan dan rahmat serta semuanya berjalan lancar dan di permudahkan. Amin.

Sekian, untuk kali ini. 

Thanks for reading.




***Jika anda suka dengan entri ini, mohon anada tekan like button dibawah. semoga ia juga memberi manfaat kepada orang lain.

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?

Hubungi Eina untuk:-

FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!


SALINA BINTI MD DOM
Maria Firdaus' Millionaires in Shaklee (MFMS) Empire
Shaklee ID : 
1169964
salina.hafis@gmail.com
019-336 0405 (Call, SMS, WhatsApp,Telegram)

No comments:

Post a Comment

DISCLAIMER/NOTA KAKI

Kesan pengambilan adalah berbeza pada setiap individu.Suplemen Shaklee ini adalah salah satu medium/alternatif untuk membantu anda, bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman blog ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan berkongsi. Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.