Tentang Kami

Assalamualaikum wbt & Salam sejahtera,

Saya doakan anda yang membaca blog ini sentiasa dilimpahkan rahmat, kasih sayang  dan dilindungi oleh Allah S.W.T.

Nama saya Salina Binti Md Dom. Ibu kepada seorang baby lelaki yang comel loteh,Muhammad Zahran Aqil yang telah genap setahun pada bulan setember. Saya juga adalah isteri kepada suami saya, Muhammad Hafiszul a.k.a Bulat (katanya kawan-kawan panggil). Saya juga adalah seorang pengedar berdaftar produk Shaklee. okes, kepada pembaca blog Salina Hafis, saya ingin menggelarkan diri saya sebagai Eina jer yer....baru rase dekat di hati..(perasan mcm artis pulak..huhuhuhuhu.). Jangan marah, murah-murahkan dengan senyuman moga kita semua mendapat keberkatan.




Pertamanya,  Eina ingin berkongsi dengan anda bagaimana Eina mula jatuh hati dengan produk Shaklee. Eina mula menggunakanya untuk diri sendiri pada bulan November  2012. Eina bermula dengan KOMBINASI SUPPLEMEN UNTUK IBU HAMIL yang diperkenalkan oleh rakan Eina kerana Eina mengalami morning sickness yang teruk pada awal kandungan. Pada masa itu, Eina boleh di gelar PJJ bukan maksud PJJ yang “Pengajian Jarak Jauh “ yer tetapi “Perkahwinan Jarak Jauh” dimana Eina di KL dan encik hubby di Pahang. So kira stress jugalah kerana kena pergi kerja dan balik kerja sentiasa akan terjebak dengan jem. Untuk pengetahuan Eina asyik muntah-muntah jer sehingga Eina terpaksa membawa baju extra ke tempat kerja kerana takut akan muntah di dalam kereta. Setelah Eina menggunakan produk Shaklee Eina dapat mengalami perubahan pada diri sendiri.  Sehingga kini, Eina sangat berpuashati dengan produk Shaklee. 

Alhamdulillah, selepas 2 tahun menggunakan produk Shaklee, Eina ingin menjadi berkongsi kebaikannya dengan orang lain supaya kita sama-sama mendapat kebaikan. Bukan senang tau untuk ingin tetapkan hati untuk membuat bisness untuk berkongsi kebaikan produk ini. so, kalo nak tahu lebih lanjut, jom ikuti perjalanan Eina dengan Shaklee dibawah Group yang paling happening.


Impian Eina  adalah untuk menjadi ibu dan isteri sepenuh masa pada suatu hari nanti.Sekiranya anda berminat dengan peluang menjana pendapatan secara online dari rumah, inilah peluang anda!
Jana duit samada secara sambilan atau sepenuh masa. Semuanya dari rumah secara online dan dihujung jari anda!
ingin suplemen yang terbaik dan semulajadi?
ingin menjana pendapatan?
ingin kehidupan yang lebih baik?
ingin menambah nilai dan membantu kehidupan orang lain?

Jom bersama kami di Maria Firdaus's Millionaire (MFMS), The Most Happening Shaklee Team In Malaysia.




Anda ada sebarang pesanan dan pertanyaan? Hubungi kami sekarang!

Salina (SID 1169964)
Facebook : Salina Md Dom
Fb Page : Salina Hafis
No Tel : 019.336.0405

No comments:

Post a Comment

DISCLAIMER/NOTA KAKI

Kesan pengambilan adalah berbeza pada setiap individu.Suplemen Shaklee ini adalah salah satu medium/alternatif untuk membantu anda, bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman blog ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan berkongsi. Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.