Friday 14 November 2014

EBOOK PERCUMA: "SORRY BOSS!!! SAYA TERPAKSA BERHENTI KERJA"


Assalammualaikum,

Eina doakan semoga semua pembaca salynahafis.blogspot.com berada dalam keadaan sihat walafiat dan dirahmati serta diberkati Allah S.W.T.

Entri kali ini, Eina ingin berkongsi tentang ebook yang telah membuatkan Eina berani menceburi diri dalam bidang perniagaan walaupun secara part time. Insyaallah, Eina akan memastikan niat Eina untuk menjadi WAHM (''Work at Home Mother'') akan tercapai tidak lama lagi.

Ebook ini banyak memberikan kesedaran kepada Eina untuk lebih beristiqamah dan melakukan sesuatu niat untuk menolong orang lain dan ikhlas kerana Allah S.W.T

Eina selalu berdoa kepada Allah S.W.T semoga memberikan Eina jalan atau petunjuk untuk Eina dan keluarga kerana Eina ingin duduk rumah tapi takut nak berhenti kerana zaman sekarang mana cukup sekiranya yer hanya suami sahaja yang bekerja. Lagipun Eina masih mempunyai tanggungjawan pada emak Eina.

Alhamdullilah, Allah telah mendengar doa Eina dan kawan Eina telah memberikan Eina ebook ini kepada Eina untuk Eina baca dan selami bagaimana seorang wanita yang pendiam dan tidak tahu bisness melakukan perniagaan hanya dengan bermodalkan rm65 sahaja.

Beliau dapat membuat sale RM1 JUTA dalam masa 9 bulan sahaja hanya melalui online marketing tanpa sebarang kos iklan...superwoman boleh dikatakan yang membuatkan Eina rasa beliau seorang yang Hebat!!!.

Ebook ini, memberi inspirasi kepada Eina iaitu semua orang boleh berjaya, asalkan mempunyai sekeping hati yang cekal dan jujur serta berusaha bersungguh-sungguh agar menjadi seorang JUTAWAN DERMAWAN.

Eina bersyukur kerana berada di dalam sebuah group yang sangat happening dan saling tolong menolong antara satu sama lain.

Eina rasa rugi sekiranya tidak berkongsi ebook ini dengan pembaca semua.

Bagaimana ingin Download?

Mudah sahaja, sila 'share' dan 'like' status ini serta 'add' Eina sebagai kawan anda semua. Kemudian, tinggalkan email anda diruangan komen.

semoga ebook ini dapat memberi manfaat kepada semua untuk lebih berjaya walau apa pun yang diceburi.



Lebih banyak kita memberi dan berkongsi lebih banyak yang kita dapat." More You Gift, More You Get Back".

Besar harapan Eina moga anda semua dapat tekan button share dibawah semoga lebih ramai lagi mendapat manfaat dari ebook ini.

Semoga melalui perkongsian ini, kita dapat merubah kehidupan orang sekeliling kita untuk hidup lebih baik dan bernilai.Marilah kita bersama-sama mencari pencen kubur.

Akhir sekali, Eina berharap boleh menjadi WAHM  dan mendapat income lebih dari 5 angka pada 2015.

Terima kasih kerana sudi membaca entri ini.

Wassalam.





No comments:

Post a Comment

DISCLAIMER/NOTA KAKI

Kesan pengambilan adalah berbeza pada setiap individu.Suplemen Shaklee ini adalah salah satu medium/alternatif untuk membantu anda, bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman blog ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan berkongsi. Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.