Wednesday 15 October 2014

Cara Menghilangkan Batuk dan Lendir pada Kanak-Kanak


Assalammualaikum.

Eina doakan semoga semua pembaca salynahafis.BlogSpot.com berada dalam keadaan yang sihat dan diberikan kejayaan dan kekayaan didunia dan di akhirat.

Entri kali ini, Eina ingin berkongsi cerita yang berkaitan Cara Menghilangkan Batuk dan Lendir pada Kanak-Kanak. Eina rasa berdosa jika kita tak kongsi perkara yang kita tahu.

Pagi tadi semasa tengah bersiap pergi kerja dan menyiapkan bekalan Aqil ke rumah pengasuh, kawan Eina ada wassap dan memaklumkan yang beliau terpaksa EL kerana anak beliau batuk-batuk dan sesak nafas serta pagi tadi baru start demam.

Eina pulak yang rasa panik dan kesian kerana Eina pernah melalui detik itu semua sebelum Hari Raya Korban kerana masa itu, Aqil demam, batuk-batuk dan selesema seperti keadaan anak kawan Eina.

Tetapi, apabila berjumpa dengan doktor,  semuanya ok, dan doktor kata keadaan cuaca/ persekitaran sekarang yang tidak menentu dan jerebu juga merupakan penyebab anak boleh demam, batuk-batuk atau selesama.

Kenali Batuk dan Selesema

Batuk dan selesema ialah gejala yang dihasilkan oleh sistem pertahanan badan apabila bahagian atas saluran pernafasan (hidung & tekak) dijangkiti oleh virus penyebab selesema.

Cara Atasi batuk dan Selesema

Dibawah adalah beberapa cara atasi selesema yang Eina ambil dan tulis semula dari dr.zubaidicom.

Credit kepada beliau.

  1. Jangan bawa anak pergi bersiar-siar ataupun membeli belah.
  2. Pastikan anak mendapat rehat secukupnya.
  3. Elakkan dari pergaul dengan orang yang menghidapi selesema atau batuk.
  4. Bagi kanak-kanak bawah setahun, jangan bagi air kosong untuk menggantikan susu kerana boleh memudaratkan.
  5. Sekiranya, anak menghadapi batuk atau selesema bersama-sama demam,boelh diberi ubat demam paracemotal dengan dos yang telah disyorkan oleh doktor. Ubat demam ini selamat dibagi kepada kanak-kanak atas setahun dan berat badan melebihi 5kg.
  6. Bagi anak yang telah berusia setahun keatas dan boleh minum   menggunakan gelas or botol, berikan air suam bercampur sedikit madu dan lemon bagi membantu kelegaan dat batuknya

Untuk pengetahuan, pembaca semua, Aqil pernah alami batuk dan selesema dan apa yan Eina lakukan adalah :

Pertama : Eina akan buat steam dan minyak bawang putih. Minyak bayang putih ini untuk disapukan pada dada dan tapak kaki selepas melakukan steam. minyak bawang putih boleh dibuat dengan mengambil beberapa biji bawang putih dan dibakar sehingga naik bau. Kemudian letakkan sedikit minyak masak dalam bekas yang menggandungi bayang yang telah dibakar tersebut.

Kedua : Semasa Aqil bawah setahun, Eina akan pergi klinik yang sedut kahak bagi aiatu Klinik Wangsa dan berjumpa dengan Dr. Nadir. Beliau seorang ynag humble dan akan memberikan tip-tip dan menceritakan sebab mengapa bayi boleh batuk dan cara-cara atasinya.

Perkara yang disuruh Eina lakukan bagi menggelakan berulang semula adalah :

  • Buang semua ubat batuk,selesema ataupun kahak yanh berda di rumah kerana semua itu akan menyebabkan batuk or selesema tidak pulih tetapi akan berkumpul didalam badan anak.
  • lakukan steam sekurang-kuranya 2 ke 3 kali sehari bagi mengeluarkan kahak.
  • berikan ubat yang boleh menggalkakan batuk supaya kahak yang terkumpul boleh dikeluarkan.
Alamdullilah, setiap apa yang disuruh Eina lakukan dan dalam masa 3 atau 4 hari, Aqil telah hilang batuk dan selesema.

dibawah adalah alamat klinik wangsa.

Klinik Wangsa Sdn.Bhd
No. 46 Jalan 24/27A
Seksyen 1, Bandar Wangsa Maju, Kuala Lumpur
Tel: 03-41421614
(Belakang LHDNM)

Pada ibu-ibu yang menghadapi masalah yang sama seperti Eina, boleh lah mencuba cara seperti diatas.

Eina berharap sedikit sebanyak, perkongsiaan ini, dapat membantu kepada ibu-ibu di luar sana.

Sekian,

SalinaHafis,
Maria Firdaus's Millionaires in Shaklee (MFMS) Empire
The Most Happening Shaklee Group in Malaysia.

No comments:

Post a Comment

DISCLAIMER/NOTA KAKI

Kesan pengambilan adalah berbeza pada setiap individu.Suplemen Shaklee ini adalah salah satu medium/alternatif untuk membantu anda, bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman blog ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan berkongsi. Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.